20111219

Empat Puluh Enam

"Hai kawan, apa yang kau buat?"
"Tak ada apa. Cuma mahu bertemankan angin sahaja."
"Angin? Di atas tempat tinggi macam ni?"
"Ya."


"Jom menari?"
"Tak nak. Aku mahu duduk di sini, duduk di tepi bangunan tinggi,
memendam isi hati, atau terjun lalu mati."
"Jom lah, kita menari."
"Tak nak. Aku tak seksi."


"Kalau macam tu jom kita terjun?"
"Kau nak terjun? Kau nak mati?"
"Ya kepada terjun, Tak kepada mati"
"Sebab?"
"Sebab aku tahu bawah sana tak ada graviti."


"Mana kau tahu bawah sana tak ada graviti?"
"Sebab, sebab aku percaya pada diri sendiri."


"Jom menari?"


p/s: buat si senang give up, si otak terperap, dan si kuning penyerap.

20111107

Empat Puluh Lima

Aku akan tunggu kau disini,
Di bawah pokok rimbun,
Tempat selalu kita bermain hujan renyai
dan buih sabun.

p/s: Sudah sebulan, kawan.

20111001

Empat Puluh Empat

Dulu kau pernah ucap,
Yang aku ini jelmaan kau.
Kerna apa yang kau rasa,
Aku rasa.
Kerna apa yang kau fikir,
Aku mengerti.
Kerna apa yang kau peritkan,
Aku fahami.

Tapi,
Hanya kerna seekor pari pari yang membawa cinta kau pergi,
Kau tinggalkan aku seorang disini.

Sepi.

20110818

Empat Puluh Tiga

Penatku berlari mengejarmu,
Penatku mengejar mengikut rentakmu,
Hati lelah.
Hati penat.

Dan engkau memperlahankan larian,
Kau menoleh ke belakang,
Kau tersenyum.
Dan kau hulurkan tangan,

"Cepat sayang, I tunggu"

Cepat cepat aku mengorak langkah,
Cepat cepat segala duri aku endah,
Asal kau dapat aku agah.

Tapi, belum sempat aku capai tangan mu,
Kau tinggalkan aku.

20110621

Empat Puluh Dua

Tepukan yang sekian lama gemuruh semakin perlahan,
Adakah cuma aku yang ketakutan,
Atau cinta ini sudah tertahan?


Atau memang, aku bertepuk sebelah tangan?

20110613

Empat Puluh Satu

Bukan kerana hati batu,
Aku cemburu,
Dek takdir, masa,
Dan angan angan palsu.

I miss you.

20110504

Empat Puluh

Habis hati aku kacau bilau,
Dah lama, tapi aku masih sasau,
Dekat siapa?

Dekat engkau.

Kerana apa?

Kerana engkau.

Kita dah setuju,
Tapi kau mesti tak tahu,
Betapa berombak berkecainya hati aku,
Bila kau tunjuk dia dekat aku.
Bila kau tanya itu ini dia dekat aku.
Bila kau kata susahnya cinta dia ni, dekat aku.



Luka aku,
Masih belum sembuh.

Aku harap kau tahu.

20110425

Tiga Puluh Sembilan

Kalau aku punya kuasa,
Mahu saja aku hapuskan
kau dari dunia,

Kerana kau,
yang punya segala,
yang punya harta benda,
Buat aku nombor dua bagi dia.

Dan yang paling penting,
Cebisan hati kau masih ada pada dia.

Celaka.

20110424

Tiga Puluh Lapan

Kalau boleh,
aku nak botolkan diri aku,
dan jadi key-chain di poket kirimu.

Boleh aku jaga kau selalu,
Jadi penepis rindu,
Tak ada lah susah hati aku.

Dan yang paling penting,
Aku mahu "Ai laf yu" aku,
Selalu ada pada hati kamu,
Tanpa rasa ragu.

:)

20110412

Tiga Puluh Tujuh

Kau tahu,
Aku keliru.

Setiap kali aku ucap
"I love you,"
Kau akan balas
"Saya sayang kamu,"

Tak sama tahu?

Tiga Puluh Enam

Kalau ros itu ditakdirkan menjadi merah,
Dan velvet itu ditakdirkan menjadi biru,
Kenapa hati kau bukan untuk aku?

20110329

Tiga Puluh Lima

Tolong

Aku tak bersedia
Jangan pergi

Aku tak bersedia
Nanti hati aku mati

Aku tak bersedia
Untuk mimpikan kau siang dan malam hari

Aku tak bersedia
Untuk kau tiada disisi
Untuk tiada siapa mengubat luka dihati 

Aku tak bersedia
Tanpa minta maaf dari kau lagi

Untuk tatap gambar kau
dan mengalirkan air mata
Untuk menatap 
helaian baju kita
Untuk mengenang
kisah kisah lama
Bagaimana aku engkau 
dan kita


Aku tak bersedia
Jangan pergi

20110325

Tiga Puluh Empat

Jangan berani kau hancurkan,
Jangan berani kau musnahkan,
Jangan berani kau persiakan,

Jangan kau kata aku tiada hak,
Tempat ini sama sama kita pijak.

Lihat
Kau dah pecahkan Permata
Yang berikan kau segala,
Apa?
Tak cukup kah semua?

Dengar
Apa yang kami kata,
Jangan teguhkan dinding
yang tak guna

Rasa
Retak yang kau laku,
di hati dia engkau 
dan aku.

20110323

Thirty Three

It's been all this while,
And I can't get you off my mind,
Nobody knows it
But me.

I still smile when your name flash,
I still hope you'll be there when I crash,
Nobody knows it
But me

I still stare at your photograph,
Still sleeping in the shirt you left,

I kept all the things you said,
In a "box" underneath my bed,
I still read them before I go to bed,

I still hope that there's room for me,
So that we could write the word we,
To remind ourselves of our story,
Nobody knows it
But me.

I hope you understand that all I need is you dear sweetie,

Nobody knows it,
But me.

p/s: LA.

Tiga Puluh Dua

Kata orang,
kalau 
mimpikan seseorang, 
maknanya 
orang tu rindukan kita,
maknanya 
yang menyinta bukan hanya kita,
maknanya 
masih ada harapan untuk dicita,

tapi,

masalah bagi aku, 
kau 
tak pernah 
muncul dalam 
mimpi aku


20110318

Tiga Puluh Satu

Jika
kau mahu pergi,
jangan
kau tinggalkan
jejak langkahmu
di sini,

Separuh
mati
aku
terkesankan
dirimu nanti

Tolong ya, jangan pergi?

20110308

Dua Puluh Sembilan

Putuskan
putuskan
tali halimunan ini,
kerana aku tak pasti,
samada
untuk terjun
atau terus
mendaki.

20110305

Twenty Eight

Here,
feel my heart.
the love, the care, the joy.

Here,
feel my heart.
the ache, the pain, the scar.


It's here.
Feel my heart.

Twenty Seven

It pains me
when it is coming to an end.

It pains me
to know after all this while, all you do is pretend.

It pains me
to know that everything I did was not enough for you to understand.

It pains me
to try to forget you, and to know
that I can't.



p.s:I love you. I really do.
And it pains me real hard to know you have someone new.

20110221

Dua Puluh Enam

Kalau dapat ku pilih
untuk kembali ke satu masa,
akan ku kembali pada
saat pertama kita bertukar kata,
kerana memori memori kita berdua
kini bukan apa apa.
Hanya luka
dan
dusta.