20111219

Empat Puluh Enam

"Hai kawan, apa yang kau buat?"
"Tak ada apa. Cuma mahu bertemankan angin sahaja."
"Angin? Di atas tempat tinggi macam ni?"
"Ya."


"Jom menari?"
"Tak nak. Aku mahu duduk di sini, duduk di tepi bangunan tinggi,
memendam isi hati, atau terjun lalu mati."
"Jom lah, kita menari."
"Tak nak. Aku tak seksi."


"Kalau macam tu jom kita terjun?"
"Kau nak terjun? Kau nak mati?"
"Ya kepada terjun, Tak kepada mati"
"Sebab?"
"Sebab aku tahu bawah sana tak ada graviti."


"Mana kau tahu bawah sana tak ada graviti?"
"Sebab, sebab aku percaya pada diri sendiri."


"Jom menari?"


p/s: buat si senang give up, si otak terperap, dan si kuning penyerap.