20100823

Tiga Belas

aku masih ingat,
saat kau bersungguh sungguh mengajak untuk terbang ke awan biru,
tetapi,
aku tak mahu!
takut terlanggar burung burung besi di situ.

aku masih ingat,
bila kau beriya iya mengajak untuk berenang di laut biru,
tetapi,
aku tetap tak mahu!
takut dibaham segala ikan buas di dalam laut itu.

aku juga ingat,
ketika kau sepenuh hati mengajak untuk menjengah ke hutan itu,
seperti biasa,
aku tak mahu!
takut mati kata ku.

maaf sayang, aku terlalu paranoid untuk semua itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan