20130321

Lima Puluh Tiga

Katakan,
andai lahirmu itu bukan sebagai seorang manusia,
Sebagai jiwa contohnya,
Izinkan aku menjadi jasad perumah baginya.

Atau katakan,
Andai kata lahirmu sebagai udara,
Izinkan aku menjadi paru paru, agar dapatku bernafas bersama sama.

Atau katakan lagi,
Andai kata kamu itu adalah si darah merah sebenarnya,
Izinkan aku menjadi jantung pendegup baginya.

Tapi andai kata kau tidak selesa dengan sudut pandangan ku kepadamu seolah engkau permaisuri, kerana ya, itu memang pandanganku kepadamu,
Izinkanlah aku bermimpikan kamu,
Atau untuk kamu menjadi subjek angan anganku.

Yang masih sama, sentiasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan