20101209

Dua Puluh Lima

Malam ini pekat gelap
Ditenggelamai air sejuk kesedihan
Tragis mengenang rasa siksa
Hati dicengkam oleh rasa sayang yang aku rasa
Kemana kubawa jiwa luluh runtuh?
Buntu fikiran hatiku
Noktah

Padamu oh bintang ku dahagakan hatimu
Bagai bangau megah bersahutan
Taman yang dicari selama ini hampa tak ku jumpa

Kecewa

Aku ditipu senyumanmu
Perasaanku yang membara luntur
Bagai sang mentari disirami air mata bergenang
Berlinang basah jiwaku ini
Hatiku rindu padanya
Sungguh

Manakah nafasnya?
Jantungku lemah tak lagi berdegup laju
Resah, celaru
Fikiranku kacau
Terkenang potret bersamamu
Coretan embun pagi menitiskan pemergian nafasmu

Aku rindu tawamu
Pandanganmu mengekori
Dan nafas cintamu padaku
Terhenti

-kolaborasi 11 bintang-
Maya Zaharudin, Shufitri Shukardi, Farah Nabilah, Lee Joe, Amree Imran, Dzulkhairi Razali, Faliq Yusoff, Farris Azere, Eina Azman, Adila Izzati, Johan Ismail

20101123

Dua Puluh Empat

Sama ada untuk terus terjun dan terus mati,
atau terus mendaki,
yang pasti,
aku tetap tak akan berjaya dalam ekspedisi ini.

20101107

Dua Puluh Tiga

Kau kenal kan Jean Grey dan Professor X? alah, yang watak dalam X-Men tu.

cepat! cepat fikir sampai dapat siapa mereka.

mereka sangat cool kan? sebab mereka ada kuasa psikik. WOW! kuasa psikik! aku memang selalu nak kuasa tu. walaupun aku minat Iceman dan Cyclops, tapi aku tetap suka kuasa tu. sebab apa? sebabb, mereka ada kuasa tu lah. kuasa psikik!

lantak lah kepada mereka yang lebih prifer kuasa halimunan, kebal atau apa apa. bagi aku, kuasa psikik memang hebat.

sebab kuasa psikik dapat buat seseorang itu tahu akan emosi dan perasaan orang lain.


takpayah lah aku beriya iya memberi isyarat cinta macam orang gila,
takpayah lah aku beriya iya dressing nak baju kita sama warna,
takpayah lah aku beriya iya belajar masak, untuk kita makan bersama,
dan, takpayah lah aku beriya iya berangan pasal kau setiap masa.

Siksanya,
Hey Meon, aku harap kau tengah isi borang Mutant Academy.


bebelan Cik Kiah

20101105

Twenty Two

And because the world is round, we run in circles.
And because the sun is bright, we cover our eyes.
And because there's truth in everything, we will find out the lies.

20101104

Twenty One

You can't be dumb if you know I love you,
Only stupid people believe it's not true,
Under my blanket, I dream about us two,

Even if the sun is out, the dreams continue to play,
Happy I am, I hope we'll make them a reality some day,
Oh, and like a blind man, stabbed with a knife,
The heart within me out be open wide and bleeding if you weren't in my life,

20101006

Dua Puluh

Apa yang aku dengar kini hanya bunyi angin lalu,
Yang mungkin membawa angin cintamu kepadaku,
Aku hirup angin itu, aku penuhkan diriku dengan dirimu,
Kerana itu yang aku mampu,
Untuk mendekatkan diri kau kepadaku.

I miss you. :(

20101003

Nineteen

Lost feeling to care
Lost sympathy to spare
Lost patience to bear
Lost sense to keep fair

Lost endurance, to follow restriction
Lost peace, to stop frustration
Lost power, to avoid attention
Lost strength, to shun aggression

Lost courage, to sacrifice
Lost kindness, to be polite
Lost temper, to keep quiet
Lost thought, to be right

Lost anger, to control
Lost opinion, to give poll
Lost desire, to keep goal
Lost myself, to have a role.

entah siapa - ii

20100913

Lapan Belas

Ingin sekali aku ungkapi
Isyarat cinta dengan sempurna
Agar kau mengerti dan kau sedari
Keadaanku yang merindui

Kamu


haish. aku harap kau ada kuasa psikik.

20100909

Tujuh Belas

semalam aku tenung talefon tangan ku. aku cari nombor itu. ya! nombor itu. nombor yang dapat memberikan nafas pada nerv nerv aku walaupun ia hanyalah nombor. nombor yang hanya mengingatkan aku padamu.

lalu aku fikir. dan tenung pula butang hijau pada talefon tangan ku.

nak tekan tak nak?
nak tekan tak nak?

haish. biarlah. aku tak nak ganggu.
biarlah. nanti kau ingatlah pada aku.

aku tunggu.
tunggu.
tunggu.
tunggu.
tunggu.
tunggu.
tunggu.
tunggu.
tunggu.
tunggu.
tunggu.
tunggu.
tunggu.
tunggu.
tunggu.
tunggu.
tunggu.
tunggu.
tunggu.
tunggu.
tunggu.
tunggu.
tunggu.
tunggu.
tunggu.
tunggu.
tunggu.
tunggu.
tunggu.

ah! tak boleh jadi ni. imaginasi aku mula membayangkan tajuk-tajuk utama yang ada di dada Harian Metro yang abang aku selalu beli di kedai Muthu. Walaupun Emak dah kata Utusan Harian lagi bermakna, tapi apakan daya, abang aku tetap abang aku. pernah hari tu Emak berdetak detak kaki marahkan abang sebab tak beli Utusan. terlepas silang kata katanya.

Oh tidak! tak mungkin apa yang aku imaginkan terjadi pada mu.
(tahu kan tajuk-tajuk utama Harian Metro macam mana?)
lalu aku tekan butang itu. butang hijau talefon bimbit ku.

dan aku tunggu.
tunggu.
tunggu.
tunggu.
tunggu.
tunggu.
tunggu.
tunggu.
tunggu.
tunggu.
tunggu.

dan jawapan nya?
masih buntu.

seorang kawan ku, Gadis Cool Oh Yeah kata, kau memang macam tu. jangan risau. kau tentu selamat dan berbahagia macam Caroline Wozniaki kalahkan Maria Sharapova. ataupun sewaktu Malaysia bahagia bila Nicol David menang World Championship pertamanya. tapi, lama lama, Gadis Cool Oh Yeah turut bermuram durja. risau tak tentu hala. mungkin kau diculik alien katanya!

aku mula risau. bagaimana kalau apa yang dikatakan Gadis Cool Oh Yeah itu betul? bagaimana kalau kau diculik alien dan alien alien itu meremovekan memori kau terhadap aku?

ingatkah kau janji kita nak kembali bersama?
ingatkah kau janji kita nak berpiknik di sana?

ah, kusut.
Lalu aku tekan butang yang mungkin membawa bahagia kepadaku itu lagi.
dengan harapan, kau bahagia dan tak apa apa.

dan jawapan nya?


ah, celaka.



20100907

Enam Belas

entah kenapa,
hati ini merasa kehilangan,
akan sesosok kepribadian,
yang begitu lembut,

yang menemani dalam kesendirian,
yang menghangatkan dikala hati membeku,
hari-hari dalam kebersamaan,
mungkinkah hanya tinggal kenangan?

canda tawa bersamamu,
kini hanya penantian,
tutur sapa dengan dirimu,
kini hanyalah impian.

jauh tatapan untuk bertemu
jauh kata untuk menyapa
walau jarak membentang menghalangi
namun hati tetap menanti.

-Entah Siapa-

Fifteen

I wonder if you're wondering about me, looking at the same bright star.
heaven knows we are meant to be.
no one else will ever complete me.

Tomorrow comes, tomorrow goes.
I'm still waiting on my toes.
Holding every breath, not thinking twice.
Time goes so slow, it never flies.

Your are my heart, my soul, and everything in between.




-Anonymous-

20100906

Empat Belas

bukan niat untuk mengongkong,
tapi cinta hati ini tidak disambung.

noktah.

20100823

Tiga Belas

aku masih ingat,
saat kau bersungguh sungguh mengajak untuk terbang ke awan biru,
tetapi,
aku tak mahu!
takut terlanggar burung burung besi di situ.

aku masih ingat,
bila kau beriya iya mengajak untuk berenang di laut biru,
tetapi,
aku tetap tak mahu!
takut dibaham segala ikan buas di dalam laut itu.

aku juga ingat,
ketika kau sepenuh hati mengajak untuk menjengah ke hutan itu,
seperti biasa,
aku tak mahu!
takut mati kata ku.

maaf sayang, aku terlalu paranoid untuk semua itu.

20100822

Twelve

Jalan yang dilalui bersama ini,
Sudah rapuh barangkali,
Menanti hari menyembah ke bumi,
Memusnahkan impian sanubari,
Ketahuilah, aku tak mahu itu terjadi.

20100731

Sebelas

Tribute untuk ibu angkat tercinta :(

Here comes goodbye,
Here comes the last time
Here comes the start of every sleepless night
The first of every tear I'm gonna cry
Here comes the pain,
Here comes me wishing things had never changed
You were right here in my arms last night,
But here comes goodbye.

20100723

Sepuluh

Memori semalam akan ku simpan kemas-kemas
dalam balang kaca istimewaku,
Agar kau tahu, betapa bagus cantik special
istimewanya diri kau kepadaku.

20100721

Sembilan

Separuh jiwaku mahu kau pergi.
Separuh lagi mahu kau disini.
Ah! Kacau kalau tiap tiap hari macam ni.
Boleh gila aku dibuat kau nanti.
Tolong ya,

Jangan pergi?

20100720

Lapan

kalau esok adalah lusa,
alangkah baiknya,
tak perlu aku merota ronta,
macam orang gila,
separuh mati rasanya.



20100702

Tujuh

Aku tak faham kenapa.
Kalau boleh, aku nak pergi kat pihak kau
Buat buat tak faham.
Kalau boleh jugak, aku nak pergi dekat pihak dia,
luahkan segala lapis warna isi hati.

Tapi, tapi, just tapi,
kalau boleh, aku tak nak tersepit langsung.
Biarlah kalian dengan sayap masing masing.

Terbanglah.

Aku tak berapa kisah.

20100630

Enam

tiada yang lebih menyakitkan daripada duduk di sebelah kamu,
tanpa mengatakan apa yang aku mahu.

ai laf yu. tahu?

20100615

Lima

Okay. I'm just gonna be straight bout this.
I'm tired.

So tired of being myself.
So tired of thinking the same things over and over again.

Why?
Don't ask. I guess you've already figured it out.
It's so funny because a few days ago, i said to my best buddy to keep her chin up no matter what.

I think i said it more to myself than to sooth her worries.
I think i said it just to sooth mine as well, although it never would.


Sometimes i wonder,
how long should i be like this?

Forcing myself to fake a smile, a laugh in my everyday life?

For how long should i wait?
For my life to be as i expected?
I guess they are all rhetoric..


Is it true, that in a real life,
there's no happy ending?

Empat

Hari ini kau datang lagi.
kali ni dengan peluru dan kereta kebal besi.

tak apa. aku dah ready.

20100614

Tiga

Sayang,

Maaf kalau aku keterlaluan.
Maaf kalau aku dan kau tak padan.

Dua

tak sangka.
sungguh tak sangka.
aku, dan kau sama?


Suka.


Gembira.

20100613

Ekskavasi

hati mencari. kemana kau pergi?
adakah mahu menyendiri?
atau dirimu telah ditangkap pari-pari?

runsing.